Anda seorang penulis?
"Everyone can write but not everyone can write well." Aku suka kenyataan diatas. Malahan aku setuju seratus peratus bahawa tidak semua orang boleh menulis dengan baik. Sesuatu penulisan itu banyak bergantung kepada apakah topik yang diperkatakan , siapakah golongan sasaran penulisan tersebut , apakah yang dikehendaki oleh penulis tadi daripada tulisan beliau atau sekadar menulis untuk "SS" (syok sendiri) atau sebaliknya? Kita pernah mendengar pepatah berkata " Sesungguhnya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang". Benar sekali. Satu bentuk penulisan yang tepat, ringkas dan padat sememangnya mampu menarik hati pembaca dan kadang-kadang boleh menimbulkan provokasi diluar jangkaan. Oleh itu, sememangnya ada bezanya seseorang yang cekap menulis dan tahu dimana untuk menzahirkan "punchline"nya berbanding dengan penulis yang yang menulis mengikut hati dan emosinya. Dalam hal ini, aku amat tertarik dengan blog che'det. Tun M menggunakan gaya