Bidangkuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian (JKPTG) dibawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]

1. Pengenalan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (“AHPK(P) 1955”) adalah undang-undang pentadbiran pusaka kecil yang telah digubal parlimen berdasarkan Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran Inggeris di seluruh negeri di Tanah Melayu bermula di Kelantan pada 1 Disember 1955, diikuti negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Selangor dan Terengganu pada 1 Julai 1957 dan di Kedah bermula 1 Ogos 1957. Akta ini bertujuan untuk mentadbir hal ehwal harta pusaka orang Islam dan bukan Islam selain daripada undang-undang lain seperti Akta Probet dan Pentadbiran 1959. AHPK(P) 1955 adalah merupakan akta khusus bagi pengendalian kes-kes pusaka kecil yang menjadi fokus penulisan ini. AHPK(P) 1955 selanjutnya telah dipinda dalam usaha untuk memperkemaskan proses pentadbiran harta pusaka dengan mewujudkan satu unit pembahagian harta pusaka kecil dibawah pemantau...