Posts

Showing posts with the label Islam

Tajdid Al-Islam

"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur." Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya” Sy...

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor). Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya. Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah: “Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tida...

Bila Izrai'l Datang Memanggil..

" Tiap tiap roh akan merasai mati, sesudah kami mencuba kamu melalui kesukaran dan kemewahan, dan kepada kami sajalah tempat kembali kamu yang terakhir." (Al-Anbia' : 35) Kematian itu satu kepastian, namun kadang-kadang kita terlupa bahawa sebenarnya kehidupan kita di dunia ini adalah merupakan satu persinggahan sementara untuk menuju ke destinasi yang kekal abadi; destinasi akhirat. Kita juga mudah terlupa bahawa untuk menuju ke destinasi akhirat kita memerlukan bekal amalan yang secukupnya semasa hidup di dunia ini. Tanpa bekalan amalan yang cukup kita mungkin akan terkandas ditengah jalan dan tidak akan sampai ke destinasi yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang beriman. Lantas mengingati kematian adalah satu perkara yang akan sentiasa menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya dalam perjalanan ke sana dan akan dipanggil bila-bila masa sahaja. Pastikan bekalan amalan yang secukupnya kerana kita tidak akan tahu bila ajal akan datang menjengah. Telah ber...