Posts

Showing posts with the label Hibah-Wasiat-Pusaka

Bidangkuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian (JKPTG) dibawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]

Image
  1.        Pengenalan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (“AHPK(P) 1955”) adalah undang-undang pentadbiran pusaka kecil yang telah digubal parlimen berdasarkan Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran Inggeris di seluruh negeri di Tanah Melayu bermula di Kelantan pada 1 Disember 1955, diikuti negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Selangor dan Terengganu pada 1 Julai 1957 dan di Kedah bermula 1 Ogos 1957.   Akta ini bertujuan untuk mentadbir hal ehwal harta pusaka orang Islam dan bukan Islam selain daripada undang-undang lain seperti Akta Probet dan Pentadbiran 1959. AHPK(P) 1955 adalah merupakan akta khusus bagi pengendalian kes-kes pusaka kecil yang menjadi fokus penulisan ini.   AHPK(P) 1955 selanjutnya telah dipinda dalam usaha untuk memperkemaskan proses pentadbiran harta pusaka dengan mewujudkan satu unit pembahagian harta pusaka kecil dibawah pemantau...

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?

Image
  Apabila kita berbicara mengenai pewarisan harta dalam Islam, lazimnya ia merujuk kepada pembahagian harta pusaka simati kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid. Hukum faraid adalah hukum yang telah termaktub dalam Al-Quran sebagai panduan umat Islam dalam menguruskan pembahagian harta pusaka. Pensabitan dan keterpakaian hukum faraid jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam  Surah Al-Nisa :7  yang menceritakan secara umum tentang bahagian waris lelaki dan waris perempuan. Perincian tentang bahagian setiap waris dinyatakan dalam  Surah Al-Nisa’ : 11 dan 12  dan ayat terakhir Surah berkenaan iaitu ayat ke  179.  Dalam ketiga-tiga ayat ini Allah telah menjelaskan bahagian-bahagian waris ahli fardu dan ahli ‘asabah serta keadaan pewarisan mereka. Perlaksanaan hukum faraid sebagai jalan penyelesaian kepada pembahagian harta pusaka adalah panduan yang telah digariskan didalam Islam namun pada masa yang sama hukum islam tidaklah menjadi rigid da...

RANCANG HARTA DENGAN ILMU

Isu harta beku bukanlah satu isu baru sebaliknya ia telah acapkali dibangkitkan oleh pihak berwajib sehinggakan mendapat perhatian khusus pihak Kerajaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz seawal sekitar tahun 2007 telah menyebut laporan mengenai nilai harta pusaka yang tidak dituntut telah mencecah RM40.0 bilion. Itu cerita pada tahun 2007. Wan Abdul Halim Wan Harun dalam buku terkininya (cetakan 2018) “Mengurus Harta Pusaka : Pusaka Pemangkin Kesejahteraan Keluarga” menunjukkan statistik lebih 1 juta hakmilik hartanah masih lagi berdaftar atas nama si mati! Keadaan ini bertambah rumit disebabkan daripada statistik yang dibuat hanya 24% waris-waris menyelesaikan harta pusaka pada tahun kematian.  Kelewatan menyelesaikan harta pusaka menyebabkan masalah yang semakin rumit apabila berlaku pula kematian waris-waris serta masalah dan kekangan yang lain sedangkan harta simati masih belum diselesaikan pembahagiannya. Maka ini seterusnya menyumbang kep...

Ujian Kekayaan

“ Engkau nak mengawal orang yang berduit tak semudah nak menghalang orang yang tak ada duit…dia ada duit , dia boleh buat apa saja untuk hidup dia..”  Benar. Itulah gambaran kuasa harta dan kekayaan yang penjadi kayu pengukur untuk membezakan nilai diri seseorang dari kacamata pandangan duniawi. Kekalutan manusia akhir zaman ini adalah berpunca daripada kesibukan mereka untuk mengejar kekayaan dan kemewahan. Sebab kekayaan itu yang membezakan darjat dan kemuliaan dalam masyarakat. Harta, pangkat dan kekayaan menjadi rebutan. Siapa kaya, siapa berharta maka dia ibarat gula yang dikerumuni semut. Benar sekali sabda Rasulullah S.A.W dalam satu hadith yang bermaksud “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi).“   Adalah malang sekali apabila objektif hidup kita terbabas daripada landasan wahyu ilahi sehingga kita terlupa bahawa setiap daripada kita sentiasa diuji oleh Allah samada ujian kemiskin...

Ilmu Pengurusan Harta Pusaka

Image
I lmu pengurusan harta pusaka semakin menarik perhatian masyarakat masakini. Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pengurusan harta sebenarnya berkait dengan pengurusan kewangan setiap individu. Secara amnya, permulaan perancangan kewangan bermula apabila individu itu melangkah ke alam pekerjaan. Dengan pendapatan yang diperolehi samada daripada makan gaji ataupun bisnes, maka seseorang itu akan mula mengumpul harta untuk meneruskan kitaran kelangsungan hidup. Bermula daripada hidup bujang hingga berkeluarga. Bermula dari bermotosikal hingga berkereta. Bermula dari menyewa hingga membeli rumah sendiri.  Setiap fasa kehidupan itu perlu dilalui dengan perancangan yang rapi dari segi pengurusan kewangan kerana apabila bermulanya pemilikan harta oleh individu maka harta tersebut akan diwarisi kelak. Setiap pewaris adalah berhak terhadap bahagian harta masing-masing berdasarkan hukum faraid.  Namun masih berlaku keadaan dimana harta pusaka tidak dapat diagihkan kepada w...