KELULUSAN ELAUN DAN FI PENGARAH : PERUNTUKAN AKTA KOPERASI 1993 DAN AKTA SYARIKAT 2016

Salah satu prinsip tadbir urus koperasi yang telah digariskan dibawah Garis Panduan 27 : Tadbir Urus Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ialah mengenai penetapan prosedur ganjaran yang formal dan telus kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan. Jumlah ganjaran tersebut hendaklah dinyatakan didalam belanjawan tahunan secara terperinci mengikut kategori dan jenis elaun yang ditetapkan. Ganjaran yang disediakan perlu dibentangkan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) untuk diluluskan oleh para perwakilan. Sebarang ganjaran yang diterima oleh mana-mana Anggota Lembaga Koperasi yang tidak dibentangkan dan diluluskan dalam MAPT adalah merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 46 Akta Koperasi 1993. Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan pengawalselia mempunyai kuasa dibawah akta ini untuk mendakwa mana-mana anggota lembaga yang menerima elaun yang tidak diluluskan atau menerima jumlah elaun yang melebihi perun...