Ar-Rahnu Dalam Kerangka Perundangan Malaysia

Salah satu produk kewangan Islam yang semakin berkembang pada masa kini ialah produk Ar-Rahnu iaitu satu kontrak pembiayaan jangka pendek, cepat, mudah dan bebas daripada unsur riba. Struktur produk Ar-Rahnu beroperasi dengan cara gadaian barang kemas oleh penggadai kepada institusi Ar-Rahnu sama ada bank-bank ataupun kedai pajak gadai berlesen sebagai cagaran kepada pinjaman. Sepintas lalu perkembangan Ar-Rahnu di Malaysia bermula pada tahun 1992 apabila Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) ditubuhkan. Idea penubuhan MGIT ini bermula dengan cadangan yang dikemukakan oleh MAIDAM bertujuan untuk menyediakan modal tunai secara cepat yang patuh syariah kepada orang Islam di Terengganu. Langkah ini telah menjadi pencetus dan membuka kepada banyak lagi pembukaan operasi Ar-Rahnu oleh institusi seperti Permodalan Kelantan Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang menjadi bank koperasi pertama yang memperkenalkan produk Ar-Rahnu. Perkembangan ini dirintis seterusny...