Posts

Showing posts from February, 2010

Cintai Isteri

Mencintai isteri adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti oleh semua para suami yang beriman. Isteri adalah anugerah yang istimewa daripada Allah kepada seorang suami untuk dipelihara dengan baik sebagaimana sang suami memelihara dirinya sendiri. Firman Allah yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah pakaian kamu, dan kamu pula adalah pakaian mereka”. Pakaian merujuk kepada maruah dan perlindungan. Ianya juga bersifat kebanggaan dan kemegahan. Pakaian juga memperlihatkan kecantikan dan kemuliaan. Bukan sahaja isteri merupakan pakaian ianya juga diibaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ladang yang akan tumbuh padanya segala tanaman-tanaman mengikut benih yang ditaburkan. Sekiranya baik benih yang ditaburkan maka baiklah hasilnya. Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan rasa sayang kepada isteri yang berkongsi kehidupan dengan kita. Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa orang yang paling terbaik dikalangan kamu ialah orang yang baik tingkahlakunya bers

2010 : Tahun Me**wat Malaysia

Menyaksikan satu lagi episode drama “Tahun Meliwat Malaysia- The Sequel” membuatkan perasaan saya berbaur. Apakah perlu kita dihidangkan lagi dengan cerita-cerita 18SX dan adegan dan aksi “paksa dalam rela” untuk dijana didalam pemikiran kita? Sementelahan , jualan tabloid harian mencatatkan peningkatan, hati ini berdetik moga-moga cerita “dalam kain” ini tidak mempengaruhi minda anak-anak kecil yang cuba untuk bertanya apakah yang berlaku sebenarnya. Seharusnya satu jawapan yang telus dan selamat perlu disediakan agar penjelasan ibu bapa tidak tersasar dari maksud sebenar untuk soalan ..” Papa! liwat tu apa?” Cemas sungguh menjadi ibubapa di akhir zaman ni..! Saya tidak perlu komen lebih lanjut isu yang tengah hangat sekarang ini. Cukuplah kalau saya katakan bahawa dizaman akhir zaman ini, manusia sudah tidak punya perasaan malu untuk mengaku yang dia telah ditebuk tupai. Nah, apa bezanya sekarang, gadis2 pun bangga dengan status ketidakperawanan mereka. Inikan pulak…..cukup lah. Mahk