2010 : Tahun Me**wat Malaysia
Menyaksikan satu lagi episode drama “Tahun Meliwat Malaysia- The Sequel” membuatkan perasaan saya berbaur. Apakah perlu kita dihidangkan lagi dengan cerita-cerita 18SX dan adegan dan aksi “paksa dalam rela” untuk dijana didalam pemikiran kita? Sementelahan , jualan tabloid harian mencatatkan peningkatan, hati ini berdetik moga-moga cerita “dalam kain” ini tidak mempengaruhi minda anak-anak kecil yang cuba untuk bertanya apakah yang berlaku sebenarnya. Seharusnya satu jawapan yang telus dan selamat perlu disediakan agar penjelasan ibu bapa tidak tersasar dari maksud sebenar untuk soalan ..” Papa! liwat tu apa?” Cemas sungguh menjadi ibubapa di akhir zaman ni..!
Saya tidak perlu komen lebih lanjut isu yang tengah hangat sekarang ini. Cukuplah kalau saya katakan bahawa dizaman akhir zaman ini, manusia sudah tidak punya perasaan malu untuk mengaku yang dia telah ditebuk tupai. Nah, apa bezanya sekarang, gadis2 pun bangga dengan status ketidakperawanan mereka. Inikan pulak…..cukup lah.
Mahkamah dunia boleh menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar. Hanya berdasarkan bukti dan hujahan sahaja. Namun diakhirat kelak, tiada peguam yang berhujah untuk kita. Tiada Pendakwaraya yang membuat pertuduhan. Yang ada ialah mahkamah agung di padang masyar. Semuanya akan terbuka seluas-luasnya. Saksinya?..anggota badan kita sendiri, tak perlu ada sumpah laknat, junjung Quran, tak perlu mubahalah. Yang salah tetap salah dan akan dihukum dihadapan Allah Rabbul Jalal.
Cuma agak terkilan dengan komen2 dangkal daripada beberapa bijak pandai dan politikus (politik tikus?) yang mempertikaikan sitertuduh yang cuba untuk membawa kes ini ke Mahkamah Syariah dengan alasan untuk melengah2kan kes. Kenapa perlu ada double standard untuk Mahkamah Syariah? Kalu kita tak yakin dengan sistem perundangan Islam …siapa lagi. Islam itu adil……..kenapa, tak percaya?.

Comments