Jejak-Jejak Perth 2017 - Part 1
Trip ke Perth ni memang telah dirancang sejak awal tahun 2017 lagi…setahun tu!!. Actually, memang sejak dari 2016 lagi kami dok usha destinasi ke Perth ni…Nampak macam menarik jee…so start bulan February kami dah survey tiket flight ke sana..Almaklum laa nak angkut semua kami bertujuh..mestilah kena kira bajet…plan5 punya plan kami akhirnya decide nak pegi hujung tahun ….start cuti sekolah hujung tahun 2017. Sementelahan Kak Dina pun UPSR tahun ni..so the best time is during school holiday lah. Maka bermulalah misi untuk memburu tiket murah Air Asia X…nak jadi rezeki kami ..dapat jugak booking tiket yang teramatlah murah bak hang!!! promo low fare RM1670 (KL-Perth) untuk 7 pax. Kami booked tiket pegi dulu. Then usha lak tiket (Perth -KL) kita dapat harga RM495 per pax, still consider cheap hehe…dah mula berangan dah ni …
Dalam tempoh yang panjang tu kami banyak survey dan baca pengalaman trip mereka yang dah pergi ke Perth..senang nak tahu mana tempat yang best nak pegi bila sampai sana nanti. Kami memang dah decide nak pergi sendiri..tak nak amik travel agent sbb tak nak terikat dengan jadual trip diorang. Kami ni ada anak2 yang kecik-kecik (Fie pun baru 5 years)..memang susah kalu nak ikut trip travel agent. Dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah pegi sana…kita boleh rancang itinerary sendiri…tapi kena rajin buat survey lah!
Sebagai persediaan awal dan nak elakkan kelam kabut last2 minutes, kami buat checklist apa yang perlu dibuat sebelum pegi sana :-
1. Passport dan Visa
Untuk travel ke Australia dua benda ni kena ada!..make sure tarikh pasport masih valid dan kena apply visa yang dipangil ETA Visa. Australia mengenakan syarat untuk memohon visa bagi rakyat Malaysia sebelum memasuki negara ini. Visa ini boleh dipohon melalui kedutaan Australia di Malaysia ataupun lebih mudah melalui ejen-ejen pelancongan pilihan anda. Sila print-out visa anda dan bawa sekali masa nak check-in. Kami buat visa ni dengan travel agent (Kay-Anista Holidays Sdn Bhd) dengan harga RM20.00 per person. Tak payah pegi ofis diorang pun, just call and email details passport, lepas siap diorang e-mail balik Visa tu. Settle.
ETA Approval |
2. Penginapan
Kami memilih untuk booking penginapan melalui Airbnb. Kenapa?...sebab kalau stay kat hotel agak terhad dan kena book 2 bilik sebab kami bertujuh...lagipun sebab memang plan nak bawak makanan dan masak..so the best option is cari rumah sewalah. Luckily, kami dapat booked satu rumah di Balga (about 15 minutes drive from CBD) dengan harga yang amat berpatutan. Untuk 4 hari 3 malam the owner charged us only for AUD400! Rumah 3 bilik tidur semua aircond, 2 bilik air, ada wifi internet, kitchen fully equipped, washing mashine. Kami tengok review ramai dah Malaysian yang duduk rumah ni, good review and nice owner too!. Rasanya berbaloi lah dapat rumah ni.
Rumah @Balga |
3. Transportation.
Mulanya, kami rancang nak naik public transport jer. Since dekat Perth based on pengalaman mereka yang dah travel sana, the public transport known as TransPerth is quite convenient dan always on time. Tapi disebabkan kitaorang ni ada kanak-kanak ribena, so sewa keta jugak untuk 2 hari. Kami dapat contact tru website www.yourbudgettrip.com . Diorang ni ada contact dengan student yang belajar kat Perth yang handle bisnes sewa keta dan homestay jugak. Dapat booked Toyota Estima dengan harga AUD300 untuk 2 hari. Kira oklah. For your info, dekat Perth Airport juga ada perkhidmatan sewa keta. Boleh buat prior booking trough website. So, upon touchdown kat airport boleh terus amik keta then drive ke hotel..
4. Makanan
Dah nama pun travel bajet..kena bawak makanan lah untuk masak..guarantee halal dan menjimatkan hahaha. :). bukan semua jenis makanan boleh bawak masuk kat Australia. Ada certain restriction dan untuk memudahkan semasa check -in dekat imegresen sana, better buat list cantik2 print dan bawak bersama dokumen penting lain. Barangan seperti maggi, sardin dan makanan siap paket seperti Brahim's adalah dibenarkan. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai apa jenis makanan yang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa ke Australia boleh check dekat http://www.agriculture.gov.au/travelling/bringing-mailing-goods
Stok makanan kami bertujuh :) |
5. Pakaian
Family travelling ni memang agak mencabar sebab melibatkan banyak pakaian kanak-kanak ribena. Mujurlah si kecik Fie dah boleh jalan. Kalu tak dengan stroller bagai...fuh!. So tips untuk beg pakaian adalah bawak baju yang senang dibasuh dan sesuaikan dengan cuaca kat sana. Semasa kami pergi, Perth berada dipenghujung musim bunga. So takdelah sejuk sangat suhunya dalam lingkungan 20-23 darjah celcius jerr siang manakala malam sejuk sikit dalam 17-18 darjah celcius. So kami hanya bawak baju t-shirt biasa dan boys pun banyak bawak jersey. Just standby jackets in case kalu cuaca sejuk. For info, Australia mempunyai 4 musim iaitu Musim panas (summer): Disember-Februari, Musim luruh (autumn): Mac-Mei , Musim sejuk (winter): Jun-Ogos, Musim bunga (spring): September-November. So kalu nak fefeeling winter tu kena datang between june and august lah.
6. Itinerary
Haa....yang ni paling penting. Rancang betul2 tempat nak pergi. Since kami hanya pergi untuk percutian singkat sahaja...maka ada tempat-tempat yang agak jauh terpaksa kami lupakan. Tetapi untuk 3 hari full day dekat Perth kami dah consider dapat jejak banyak tempat-tempat yang fofular dan menarik disana. Pakcik google map dan TripAdvisor banyak membantu kami dalam merangka perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi di Perth. Driving dekat Perth sebenarnya takdelah susah sangat. Selain sama dengan malaysia iaitu "right hand drive" dan lesen malaysia juga valid disana, diorang ni boleh dikatakan agak berhemah dijalanraya dan amat menghormati pejalan kaki. Satu lagi yang menarik..kami tak jumpe plaza tol kat sana…Freeway memanjang hahaha! Merancang itinerary anda boleh menjimatkan masa dan memaksimumkan tempat-tempat menarik untuk dituju di Perth.
7. Duit
Jangan lupa tukar duit sebelum berjalan. Kadar duit Malaysia dengan Australian Dollar agak menyesakkan dada jugak 1AUD = RM3.12 masa tu hahaha..so rancanglah bajet anda sebaik mungkin. Kalau pakai kad kredit tu kena selalu ingatlah…dah convert berapa jadi duit Malaysia!. Kad ATM juga boleh digunakan disana dengan syarat kena activate dulu di Malaysia. Kami activatekan Kad ATM Maybank sebagai langkah berjaga-jaga. Just call maybank ATM Centre dan bagitau date bila kita nak gi travel. Semasa kat Perth sempat cucuk jugak. Ada fee charges RM12 setiap withdrawal kalu tak silap.
8. Travel Insurance
Travel insurance ni optional. Tapi kami rasa since kita pegi jalan2 jauh kat tempat orang..ada baiknya kita bersiap siaga jika berlaku perkara kecemasan dan kejadian yang tidak dingini. We never know kan? Kami beli insuran AXA Smart Travellers untuk kami bertujuh just bayar premium RM66.00 sahaja untuk 4 hari kami travel. Antara benefitnya diorang cover jika belaku kehilangan bagasi, kemalangan dll. Boleh layari website AXA Insurance untuk maklumat lanjut.
Dan hari yang ditunggu-tunggu tiba jua…25 November 2017 kami gerak ke KLIA 2 untuk memulakan Jejak-Jejak Perth 2017…
End of Part 1.
Comments