Impian dan Cita





Setiap manusia yang berakal waras punya impian dan cita-cita. Lumrah manusia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Mahu hidup senang, mahu hidup bahagia, mahu gembira sentiasa. Bermulanya episod kehidupan manusia sejak keluar daripada rahim ibunya, mereka menangis mahukan susu, mahukan belaian ibunya, mahukan keselesaan. Bila usia menginjak kanak-kanak...masih setiap kanak2 mahukan yang terbaik...mainan yang canggih , pakaian cantik, makanan yang enak dan lazat. Pabila usia meningkat remaja, masih mereka menginginkan yang terbaik...mahu jadi pandai, mahu jadi glamor, mahu punya perasan cinta dan dicintai, mahu dirinya hebat. Diperingkat awal dewasa, manusia terus mengayam cita untuk jadi manusia sempurna, mahu membina kerjaya, mahu membina keluarga bahagia, mahu jadi berjaya segala-galanya. Dalam usia kedewasaan, manusia mengharapkan kestabilan hidup dan kenikmatan atas apa yang dirangcangkan selama ini. Ianya satu episod yang akan berakhir dengan happy ending....bahagia selamanya-lamanya dengan belaian kasih sayang anak2, cucu cicit dan akhirnya memenuhi impian hidup sempurna sebelum menutup mata untuk meneruskan perjalanan yang abadi.

Namun dicelah-celah episod gembira tersebut, ada yang tidak berpeluang untuk melalui jalan kesenangan diatas. Disana ada onak dan duri yang berliku yang menjadi ranjau sepanjang jalan. Dari situ , ada manusia yang tewas, ada yang rebah , ada yang tersungkur dalam mengejar impian hidup. Manusia-manusia ini adalah kelompok yang diuji oleh Yang Maha Esa dengan kesulitan dan serba kepayahan. Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menguji hambanya melainkan ianya memang mampu ditanggungi oleh hamba tersebut. Kuncinya hanya satu....SABAR & YAKIN. Berdoalah dengan yakin. Sesungguhnya doa yang dipanjatkan itu adalah hubungan terus antara hamba dan penciptanya. Tidak perlu ada middle-man atau P.A untuk aturkan pertemuan. Mohonlah, berdoalah...insyaallah akan termakbul.

Oleh yang demikian, andai kata hari ini kita diuji dengan kepayahan, ianya adalah hikmah yang tersirat untuk menguji ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Jalan susah atau jalan senang ianya adalah ketentuan Ilahi. Tetapi jangan sekali2 kita teralpa bahawa kesenangan hakiki adalah semasa dibangkitkan di padang masyar kelak. ia adalah titik permulaan kehidupan yang hakiki. Perbekalkanlah dengan secukupnya sementara masih ada masa di transit dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?