Sejarah Mengajar Kita..


Sayu aku melihat gambar Tok Janggut* yang telah mati terkorban dalam perjuangannya menentang penjajahan British di Tanah Melayu..tak cukup dengan dibunuh, mayatnya digantung terbalik dan dihina kerana dianggap sebagai penderhaka. Aku abadikan gambar-gambar pejuang bangsa ini dalam entry kali ini sebagai mengenang jasa dan pergorbanan mereka yang tak ternilai harganya. Mereka telah membayar harga yang mahal sekali dengan darah dan nyawa mereka sebagai taruhan untuk generasi kini mengecap nikmat kemerdekaaan.


Tok Gajah


Kita masih mengingati nama-nama ini semasa mempelajari Sejarah di bangku sekolah, Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang, Hj Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh di Terengganu, Rentap di Sarawak, Mat Salleh di Sabah, Dato' Maharajalela di Perak dan ramai lagi yang telah menggadai nyawa demi perjuangan mempertahankan tanahair daripada di jajah. Mereka semua adalah pejuang-pejuang bangsa yang telah digambarkan sebagai penderhaka oleh penjajah British. Seingat aku, buku-buku teks sejarah di sekolah hanya membicarakan tentang bagaimana penentangan berlaku terhadap British. Penerangan ini menggambarkan seolah-olah pejuang-pejuang ini yang mengacau dan mengganggu gugat pentadbiran British di Tanah Melayu. Seharusnya kita bertanggungjawab menerangkan kepada anak-anak kita erti perjuangan yang dilakukan oleh mereka ini. Mereka adalah pejuang bangsa bukan penderhaka!






Tok Kenali


Tokku Paloh


Kita sebenarnya terhutang dengan jasa dan pengorbanan pejuang dan ulama' yang terdahulu diatas apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini. Baca , faham dan analisis sejarah. Sejarah tidak pernah menipu dan ianya adalah guru terbaik sebagai pedoman untuk kita meneruskan kesinambungan perjuangan diatas nama bangsa , agama dan negara.


Nota Kaki :
Tok Janggut* : Terdapat versi cerita berbeza tentang kematian Tok Janggut. Beliau dikatakan tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran yang berlaku di Kota Jeram, Pasir Puteh pada tahun 1915. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut. Wallahua'lam.

Comments

Salam,Gambar yg duduk bersila itu sedang menyadar pedang di bahu itu bukan gambar Tok Gajah itu gambar hamba raja atau juak sultan yg di Durba Kuala Kangsar pada tahun 1897 mereka ini duduk bersila di barisan depan ada yg memegang tepak dan di letakan kain adat mereka ini yg membawa beg,alat kebesaran,semasa Sultan keluar berjalan atau ada urusan negara semasa mesyuarat mereka tidak dibawa masuk ke mesyuarat yang di ketahui hanya ada sekeping sahaja gambar yg di ambil pada tahun 1888 di Pekan Pahang jika hendak jelas lagi buatlah semakan Akid Negara,atau warisnya sebenar maseh ramai lagi di seluruh Malaysi terima kasih
Unknown said…
Terima kasih atas pencerahan

Popular posts from this blog

SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?