Kecaknaan Kita.
Date : 9/1/2009
Time: 1.30 pm
Venue : Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.
Pertama kali aku solat Jumaat disini. Selalu aku pegi Masjid Taman Melati atau Masjid kat atas bukit Sri Gombak.
Sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri Selangor, semua masjid akan mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah hari ini untuk rakyat Palestine yang sedang getir digempur oleh bom yahudi laknatullah.
Khatib dengan penuh semangat berkhutbah kepada sidang jumaat tentang kebiadapan Yahudi membunuh saudara islam di Palestine dan menyeru kepada semua agar berdoa dan menyumbang kepada tabung Palestine yang diadakan dimasjid-masjid.
Solat Jumaat hari ini , imam membaca surah Al-Fil pada rakaat permata ( Surah Al-Fil menceritakan tentang kebinasaan tentara bergajah Abrahah oleh burung-burung ababil dari syurga), manakala pada rakaat kedua imam membaca surah An-Nasr ( Surah tentang kemenangan umat islam pada hari pembukaan kota Makkah) dan diiringi oleh bacaan Qunut Nazilah selepas rukuk rakaat kedua. Doa qunut nazilah amat menyentuh hati...memohon kepada Allah Rabbul Jalil untuk membinasakan yahudi dan nasrani dan memberikan kemenangan kepada umat islam khususnya di Palestine.
Selepas solat Jumaat , Imam terus bangun untuk solat hajat memohon pertolongan agar diberikan kemenangan kepada umat islam.
Komen :
Doa adalah senjata orang islam. Bagi mereka yang tidak mampu untuk pergi berjihad ke medan peperangan, doa adalah sumbangan kita kepada saudara kita yang jauh di bumi anbia'. Wang ringgit adalah sumbangan kita untuk meringankan beban keperitan yang dialami oleh mereka. Sifat kecaknaan dan kepedulian adalah juga sumbangan kita kepada mereka.
Aku tidak faham dan bingung mengapa ada umat islam yang terus bangun sesudah sembahyang Jumaat tadi tanpa bersama-sama untuk solat hajat. Mungkin mereka ada urusan penting. Tapi urusan saudara kita di Palestine juga adalah urusan kita. Urusan agama kita. Kaum Kuffar sedang cuba untuk menghancurkan umat islam dan agama kita. Takkan kita tak terasa apa-apa?
Jauh disudut hati aku bersyukur kerana pernah bersekolah di aliran arab. Sekurang-kurangnya dapat juga memahami bacaan ayat al-quran dan doa qunut nazilah tadi...sungguh terkesan dihati. Jika kita merasakan perlu untuk menguasai bahasa inggeris kerana ia bahasa global, apa kurangnya dengan bahasa arab? ia adalah bahasa Al-Quran, bahasa syurga, bahasa yang digunakan oleh seorang hamba semasa mengadap Penciptanya.
Comments