Jejak-Jejak Perth 2017 - Finale.

28 November 2017 @ Balga

Dah nak balik dah hari ni….how i wish if we could stay for a few more days…..kalau lah sehari dua lagi ada masa, kami boleh lajak ke Pinnacles Desert tengok view gurun dengan batu batan purba atau bermain pasir sandboarding dekat Lancelin Sand Dunesnamun jaraknya jauh kira-kira 100km lebih dari Perth. So …ni kira a big reason untuk kami repeat datang Perth lagi next time….hahaha!!. Malam tadi sebelum tido, dah siap semua packing barang-barang, kemas rumah elok2, buang sampah apa yang patut. Booking through Airbnb ni ada owner’s review and feedback. Jika kita jaga elok-elok check out rumah sama macam kita mula-mula kita masuk , owner akan bagi good review and recommend kepada owner Airbnb yang lain pulak…which is good la. Kita pun boleh bagi review pasal rumah yang kita stay ni. Breakfast pagi ni habiskan stok2 yang kami bawa, so luggage stok makanan hari tu dah diisi dengan souvenirs dan barangan yang dibeli disini…tak banyak pun, luggage pun dah jadi ringan.


The last breakfast



Robert's review


Siap amik gamba kenangan dalam dan luar rumah kat Balga ni, kami check out lebih kurang jam 9.00am. Kami janji dengan Mr. Fatkhi nak drop off keta kat airport kul 2.00pm. So ada masa lebih kurang 5 jam lagi kami untuk kami jejaki beberapa tempat di sekitar Perth ni. Kami terus gerak ke Belmont Forum Shopping Centre yang terletak kira-kira 23km dari Balga. Misi nak tengok corelle katanya…gulp! Belmont Forum ni adalah sebuah shooping mall yang besar kerana menggabungkan pasaraya besar seperti Big W, Coles, K-Mart dan Woolworth. Al kesah mereka berkata-kata..jikalau bini tuan hamba berhajat untuk mencari pinggan mangkuk corelle maka carilah ia disini….nescaya bini tuan hamba tak berganjak-ganjak dari situ! Kami beredar daripada Belmont Forum lebih kurang jam 10.45am dengan senyuman lebar beliau bersama kotak corellenya.




Dari Belmont kami decide nak pegi balik ke Freemantle sebab mama ada nak beli souvenir lagi dekat adik tiri sepupu kepada jiran mak dia kat ujung kampung tu…hahaha! Actually, kat Freementle ni ada WA Museum Shipwreck Galleries, muzium tinggalan bangkai kapal-kapal zaman dahulu kala, meriam dan barangan antik seperti pinggan mangkuk dan syiling purba zaman lanun macam Pirate of the Caribbean tu…best sangat muzium ni. Free entrance je…cuma diorang sediakan donation box kalau kita nak bagi sumbangan. Ralit jugak kami berada didalam tu sampai hampir jam 12.00pm.








syiling emas & perak






Kami gerak daripada Freemantle menuju ke Applecross yang  jaraknya kira-kira 12km dari situ. Yezza…nak tengok Jacaranda Tree. Kawasan Applecross ni terkenal dengan pokok Jacaranda yang berwarna purple tu. Kami drive menelusuri kawasan perumahan di sini…Subhanallah! Sungguh cantik pemandangan disini. ”Bestnya kalu kita  dapat duduk sini kan Ma!! “…getus Imdad..hehe. Komuniti kat sini ada organize annual event iaitu The Annual Applecross Jacaranda Festival ..kira macam karnival jualan lah bersempena dengan musim pokok Jacaranda. Ada macam2 stall makanan, persembahan dan aktiviti kanak-kanak. Kami tak lama kat sini sebab nak bergegas ke Airport.







Kami tiba di Airport lebih kurang jam 1.50pm. Staff En Fatkhi tu dah tunggu nak amik keta. Bawak turun semua luggage dan kami menapak ke dalam terminal berlepas untuk check in. Sementara menunggu flight kul 4.50pm, kami just lepak-lepak and budak2 ni sempat habiskan bekal nasi goreng pagi tadi…hehe. Perjalanan pulang ke Malaysia selama 5 jam lebih…sambil membelek gambar2 kenangan di handphone masing-masing akhirnya semua tertidur keletihan. Kami dikejutkan dengan gegaran akibat cuaca buruk setelah lebih kurang 2 jam di awan. Lama jugak….tak putus2 berzikir…Alhamdulillah..akhirnya jam 10.30pm kami mendarat juga ke bumi Malaysia. Kenangan trip DIY ke Perth ini sungguh manis…GOOD BYE STRAYA!! TILL WE MEET AGAIN..:)


I'm coming home...

Comments

Popular posts from this blog

SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?