Majlis Ihtifal Tadika Annur 2008


Hari Ahad lepas, 16 November 2008 merupakan hari bersejarah bagiku kerana ianya adalah merupakan pengalaman pertama menonton '"live concert". Superstarnya adalah anakandaku yang sulung si Izmeer yang baru mencecah umur 4 tahun !! Anakandaku telah terpilih untuk membuat persembahan nasyid sempena Majlis Ihtifal ( Graduation Day) untuk pelajar2 6 tahun di tadika Annur.

Setelah beberapa minggu telingaku asyik menahan perit mendengar promo nasyid kumpulan Rabbani "Pergi Tak Kembali" yang dinyanyikan oleh anakkandaku, pagi dan petang siang dan malam...didalam kereta dan diluar kereta...maka hari yang ditunggu-tunggu tiba jua! Seawal jam 6.45 pagi , mama Izmeer telah mengejutkan anakanda sulungnya yang masih mamai kenapa hari Ahad pun kena pegi sekolah. "Amer lupa ke, hari ni kan cikgu suruh pegi school...kan amer nak nyanyi, papa nak tengok , mama nak tengok , adik nak tengok..tisya ngan kak eyin pun datang!" kata Mama. "Ye ke?.." jawab Amer separuh kehairanan , mungkin confused bila hari persembahan tu agaknya



Melangkah penuh tertib..
Nampak sangat, Papa ngan Mama yang over excited nak pegi konsert..heheheh. Kami bersiap awal dan sampai di Tadika Annur lima minit sebelum jam 8.00 pagi. Dibawah khemah persembahan , aku nampak dah ada parents yang dah sampai..siap dengan camcoder ditangan masing-masing.

Sesampainya di tadika, semua murid berumur 4,5 dan 6 tahun dipakaikan dengan jubah graduan dan songkok berlilit. Acara pertama ialah perarakan murid-murid bermula dari luar padang kira-kira 100 meter dari pintu masuk tadika yang diiringi dengan paluan kompang. Meriah sungguh dengan gema paluan kompang!! sehinggakan penduduk sekitar Taman Bukit Indah tidak dapat membuat tidur lebih masa (overtime sleeping) sempena pagi ahad yang indah itu!. Papa apa lagi...bak reporter Al-Jazeera bersama reporter-reporter lain,merakamkan detik-detik bersejarah tersebut.


Senyum kanak-kanak riang
Acara seterusnya dimulakan oleh pengacara majlis hari tu dengan bacaan doa dan perasmian oleh dhif kehormat yang dijemput khas. Cuma yang aku tertanya-tanya kehairanan walaupun tidak sehairan rusa yang tersesat ke kampung Pandan, kenapa pembaca doa dan perasmi majlis adalah bapak-bapak Drs dari Seberang? Loh...napa gitu sihh?? Ngak ada orang tempatan ka yang bisa merasmikan majlis ?

Persembahan dimulakan dengan Nasyid oleh murid 6 tahun dengan lagu "Pergi Tak Kembali", lagu rap "kawan" ( Akbar) dan persembahan dikir ( lagu Noraniza Idris kalu tak silap)...terhibur sungguh melihat telatah anak-anak yang masih segar untuk dibentuk. Melihatkan persembahan tersebut, Papa dan Mama sekali lagi kehairanan walaupun tidak sehairan rusa tadi, kerana lagu-lagu promo yang dinyanyikan oleh Izmeer selama beberapa minggu lepas, sudah pun dibawakan oleh murid-murid 6 tahun. "Bang! abis Amer nyanyi lagu apa?" ngomel Mama.



Testing!...1..2..3

Akhirnya...persembahan yang dinanti-nantikan, nasyid murid 4 tahun! Rupa-rupanya murid 4 tahun menyanyikan lagu nasyid yang tak glamer langsung..rasanya bertajuk "Bertahun Lama", dendangan kumpulan sengau mana tah...diorang ni patut bagilah lagu yang glamer skit...Umbrella by Rihanna ke...tak pun lagu mawi ker...Walaubagaimanapun Papa tetap komited melaksanakan tugas sebagai reporter Al-Jazeera dengan mengambil saf hadapan sekali di depan pentas! Kulihat Izmeer sedikit cuak semasa persembahan sehinggakan dia terlupa lirik dan beberapa step yang diajar cikgu! hehehe...mungkin dia nervous ataupun malu bila melihat aku dihadapan sekali merakamkan persembahan tersebut. Anak Papa.....
Walaupun kerap terlupa lirik dan step, pujian harus diberikan kepada anakandaku kerana tetap bersahaja diatas pentas sampailah keakhir persembahan. Tahniah juga kepada Presiden Kelab Kipas Izmeer (Izmeer Fan Club) -Mama dan AJK Seumur hidup - Tisya, K.Eyin, Dina dan Baby Imdad yang komited menonton persembahan hingga ke akhir rancangan!
Acara seterusnya iaitu Pakaian Beragam, anakandaku tidak terlibat kerana menarik diri disaat-saat akhir. Keputusan menarik diri telah dibuat oleh Presiden Kelab Kipas dan disokong sebulat suara oleh AJK Kelab. Ini disebabkan untuk mengelakkan pertembungan dua "Spiderman" diatas pentas. Tak apalah..next year ada lagi.
Secara keseluruhan Majlis Ihtifal tersebut berlangsung dengan meriah sekali tanpa sebarang adegan yang tak ingin kita lihat. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari untuk ibu bapa dan semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Walaubagaimanapun, kami terpaksa beredar lebih awal tanpa sempat menjamu selera kerana Baby Imdad sudah kepenatan dan kepanasan...mungkin juga tension sebab Abangnya lupa lirik semasa buat persembahan!


Lu orang semua tunggu konsert gua lagi 4 tahun...sure
gempaq wa cakap lu!!




Comments

Popular posts from this blog

SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?