Health Info 1

Dear netters

Merujuk kepada perkara di atas, berdasarkan kajian kami, pucuk gajus (Anacardium occidentale L.) amat bermanfaat untuk mengawal gula darah pada haiwan eksperimen teraruh diabetis dan berpotensi untuk dijadikan kaedah terapeutik mengawal penyakit kencing manis. Bagaimanapun kesan baik daun gajus ini hanyalah pada daun muda (pucuk) sahaja, manakala daun tua (daun matang) tidak memberi kesan ketara malah boleh bersifat toksik kerana getahnya.

Manakala akar patawali (Tinospora crispa) pula berupaya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, justeru berguna untuk mereka2 yang mengalami penyakit darah tinggi. Selain itu, akar patawali juga mempunyai ciri merendah lemak (LDL) dan meningkatkan HDL pada haiwan eksperimen teraruh hiperkolesterolemia .

Asam gelugur (Garcinia atroviridis <--- var Malaysia, G. atau G. cambogia <---- var. India) pula digunakan dalam mengawal berat badan kerana kandungan asid hidrositrik yang kaya dalam isi buah ini. Malah, asid ini telahpun dipencilkan dan dikomersilkan seluruh dunia sebagai makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan. Kami tidak berminat melakukan kajian buah ini dalam pengawalan berat badan lagi kerana data tersebut telahpun 'establish' di kalangan penyelidik, sebaliknya kami sedang mengkaji kesan ekstrak buah dan daun pokok ini dalam perawatan penyakit jantung (aterosklerosis) dan hiperkolesterolemia .

Saya tidak menganjurkan pengambilan haiwan2 yang tidak boleh dimakan (seperti katak puru, sebagaimana yang diterbitkan oleh seorang netter dalam email sebelum ini (kecuali katak puru itu dirujuk sebagai nama bagi sejenis pokok), kerana Islam tidak mengiktiraf penggunaan haiwan2 yang tidak boleh dimakan dalam perawatan penyakit.

Sesungguhnya terlalu banyak flora yang ada disekeliling kita yang amat berpotensi dijadikan herba dan boleh diketengahkan kepada masyarakat. Cuma kita masih lagi kurang menyelongkar khasiat tumbuh2an itu secara lebih bersistematik dan saintifk samada kealpaan kita sendiri atau ketidakupayaan kita mengendalikannya secara menyeluruh dek kerana kekurangan tenaga.


Jumpa lagi.

Dr Zulkhairi Hj Amom
Herbal Medicine and Atherosclerosis Research
Group Faculty of Medicine and Health Sciences
Universiti Putra MalaysiaSerdang Malaysia.
tel/fax: 6-03-89472362


Make pucuk tereh cicoh budu sedak! - Mahas

Comments

Popular posts from this blog

SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?