Posts

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

Image
  One of the pertinent issue highlighted by the High Court in dismissing the application for summary judgement by Maybank Islamic Bank Berhad in the case of MAYBANK ISLAMIC BERHAD v. GOLDEN BASE CONSTRUCTION SDN BHD & ORS [2019] 1 LNS 1785 was that the mere use of the words “Shariah-compliant commodities determined by the Bank as per the e-certificate” in the financing documents was insufficient to identify the underlying asset. Thus, the legality of the Murabahah transaction was in question due to the uncertainty of the underlying Murabahah asset, In Islamic finance, the Murabahah Contract refers to Cost-plus financing. This is a contract sale between the bank and its customer for the sale of goods or commodities at a price that includes a profit margin agreed by both parties. The Murabahah transaction is to be completed in two stages. In the first stage, the customer requests the bank to undertake a Murabahah transaction and promises to buy the commodity specified by him. In

KELULUSAN ELAUN DAN FI PENGARAH : PERUNTUKAN AKTA KOPERASI 1993 DAN AKTA SYARIKAT 2016

Image
Salah satu prinsip tadbir urus koperasi yang telah digariskan dibawah Garis Panduan 27 : Tadbir Urus Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ialah mengenai penetapan prosedur ganjaran yang formal dan telus kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan. Jumlah ganjaran tersebut hendaklah dinyatakan didalam belanjawan tahunan secara terperinci mengikut kategori dan jenis elaun yang ditetapkan. Ganjaran yang disediakan perlu dibentangkan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) untuk diluluskan oleh para perwakilan. Sebarang ganjaran yang diterima oleh mana-mana Anggota Lembaga Koperasi yang tidak dibentangkan dan diluluskan dalam MAPT adalah merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 46 Akta Koperasi 1993. Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan pengawalselia mempunyai kuasa dibawah akta ini untuk mendakwa mana-mana anggota lembaga yang menerima elaun yang tidak diluluskan atau menerima jumlah elaun yang melebihi perun

KEDUDUKAN WANG CARUMAN KWSP DALAM PROSES PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Image
  Wang caruman ahli dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah merupakan harta penama yang berada dalam kategori harta alih yang kerap menjadi isu berbangkit dalam proses pentadbiran harta pusaka. Kenapa ianya dirujuk sebagai harta penama ialah kerana pemilik boleh menamakan seseorang individu lain sebagai penama bagi tujuan untuk mengeluarkan wang caruman tersebut selepas kematiannya. Lazimnya penama adalah dikalangan waris seperti isteri/suami, adik beradik atau ibu bapa. Apa yang dirujuk sebagai penamaan ialah suatu proses apabila seseorang telah menamakan orang-orang tertentu untuk memprolehi faedah daripada harta alih seperti manafaat polisi takaful, caruman didalam KWSP, pemilikan dalam saham koperasi dan simpanan wang didalam Tabung Haji. Bagi maksud artikel ini, fokus adalah kepada proses penamaan dan status penamaan bagi caruman KWSP dan isu-isu berkaitan dalam konteks pentadbiran harta pusaka. Bagi pencarum yang beragama Islam wang caruman tersebut adalah merupakan se

PERUBAHAN KONTRAK AR-RAHNU BERDASARKAN KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT SYARIAH (MPS) BANK NEGARA MALAYSIA

Image
  Majlis Penasihat Syariah BNM telah memutuskan bahawa struktur produk Ar- Rahnu berasaskan konsep wadiah dan upah simpan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam adalah tidak patuh Syariah. Isu upah simpan yang dikenakan kepada pelanggan didapati mengandungi margin keuntungan yang terkait dengan gadaian marhun adalah riba. Bersandarkan kepada dalil dan nas syarak, maka apa-apa bentuk manfaat kepada bank daripada aktiviti Ar-Rahnu adalah dianggap sebagai “ Qard jarra naf’an ” (pinjaman yang menjana manfaat dan keuntungan) adalah dilarang. Justeru, Majlis Penasihat Syariah BNM telah memutuskan supaya institusi kewangan Islam memperkenalkan konsep baharu untuk produk Ar-Rahnu berkuatkuasa pada 1 Februari 2020.   Berikut adalah petikan keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara kali ke 194 :-   ‘ MPS pada mesyuarat ke-194 bertarikh 25 Jun 2019 memutuskan bahawa struktur semasa produk ar-rahnu yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam (IKI) berasas

Ar-Rahnu Dalam Kerangka Perundangan Malaysia

Image
Salah satu produk kewangan Islam yang semakin berkembang pada masa kini ialah produk Ar-Rahnu iaitu satu kontrak pembiayaan jangka pendek, cepat, mudah dan bebas daripada unsur riba.  Struktur produk Ar-Rahnu beroperasi dengan cara gadaian barang kemas oleh penggadai kepada institusi Ar-Rahnu sama ada bank-bank ataupun kedai pajak gadai berlesen sebagai cagaran kepada pinjaman.  Sepintas lalu perkembangan Ar-Rahnu di Malaysia bermula pada tahun 1992 apabila Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) ditubuhkan. Idea penubuhan MGIT ini bermula dengan cadangan yang dikemukakan oleh MAIDAM bertujuan untuk menyediakan modal tunai secara cepat yang patuh syariah kepada orang Islam di Terengganu. Langkah ini telah menjadi pencetus dan membuka kepada banyak lagi pembukaan operasi Ar-Rahnu oleh institusi seperti Permodalan Kelantan Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang menjadi bank koperasi pertama yang memperkenalkan produk Ar-Rahnu. Perkembangan ini dirintis seterusnya oleh in

Bidangkuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian (JKPTG) dibawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]

Image
  1.        Pengenalan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (“AHPK(P) 1955”) adalah undang-undang pentadbiran pusaka kecil yang telah digubal parlimen berdasarkan Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran Inggeris di seluruh negeri di Tanah Melayu bermula di Kelantan pada 1 Disember 1955, diikuti negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Selangor dan Terengganu pada 1 Julai 1957 dan di Kedah bermula 1 Ogos 1957.   Akta ini bertujuan untuk mentadbir hal ehwal harta pusaka orang Islam dan bukan Islam selain daripada undang-undang lain seperti Akta Probet dan Pentadbiran 1959. AHPK(P) 1955 adalah merupakan akta khusus bagi pengendalian kes-kes pusaka kecil yang menjadi fokus penulisan ini.   AHPK(P) 1955 selanjutnya telah dipinda dalam usaha untuk memperkemaskan proses pentadbiran harta pusaka dengan mewujudkan satu unit pembahagian harta pusaka kecil dibawah pemantauan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Ketu

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?

Image
  Apabila kita berbicara mengenai pewarisan harta dalam Islam, lazimnya ia merujuk kepada pembahagian harta pusaka simati kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid. Hukum faraid adalah hukum yang telah termaktub dalam Al-Quran sebagai panduan umat Islam dalam menguruskan pembahagian harta pusaka. Pensabitan dan keterpakaian hukum faraid jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam  Surah Al-Nisa :7  yang menceritakan secara umum tentang bahagian waris lelaki dan waris perempuan. Perincian tentang bahagian setiap waris dinyatakan dalam  Surah Al-Nisa’ : 11 dan 12  dan ayat terakhir Surah berkenaan iaitu ayat ke  179.  Dalam ketiga-tiga ayat ini Allah telah menjelaskan bahagian-bahagian waris ahli fardu dan ahli ‘asabah serta keadaan pewarisan mereka. Perlaksanaan hukum faraid sebagai jalan penyelesaian kepada pembahagian harta pusaka adalah panduan yang telah digariskan didalam Islam namun pada masa yang sama hukum islam tidaklah menjadi rigid dalam soal membuat perancangan pewar