SOLUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA

 Kenali produk AL-WASITAH dari Wasiyyah Shoppe Berhad. AL-WASITAH adalah merupakan satu produk perancangan pengurusan harta pusaka oleh mana-mana individu/pemilik harta bertujuan untuk memudahkan urusan waris-waris mereka apabila berlaku kematian pemilik harta. Produk oleh Wasiyyah Shoppe Berhad ini menawarkan satu solusi, di mana waris tidak perlu menanggung kos pengurusan harta pusaka. Pemilik harta telah merancang dan melakukan pembayaran awal dengan mengambil produk AL-WASITAH.

KONSEP YANG SAMA TAPI TUJUAN BERBEZA

Bayaran untuk produk AL-WASITAH mempunyai konsep sama dengan pembelian insurans. Manafaat yang diperolehi dari polisi insurans anda apabila meninggal dunia, pampasan akan terus kepada waris ataupun penama.

Manakala untuk produk AL-WASITAH, jika anda meninggal dunia, pihak Wasiyyah Shoppe Berhad selaku syarikat amanah yang dilantik akan menguruskan dan menyelesaikan urusan harta pusaka anda.

 APAKAH PRODUK AL-WASITAH ?

Satu produk yang membantu waris-waris simati untuk menguruskan harta pusaka apabila berlaku kematian.

Apabila kita meninggal dunia. Semua harta kita akan terbeku. Apa maksud Harta Beku? Ia merujuk kepada harta peninggalan simati (Harta alih & Harta tak alih) yang tidak dituntut atau belum dibahagikan kepada waris-waris simati.

Harta Beku tidak boleh dibuat sebarang transaksi keatasnya . Ia tidak boleh dijual beli dan diambil sebarang manafaat sehinggalah harta tersebut dicairkan melalui pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak selesai dilaksanakan. Proses pencairan Harta Beku ini mengambil masa bergantung kepada faktor-faktor seperti persedian individu dalam aspek perancangan pewarisan, persefahaman waris dan kos-kos pengurusan yang terlibat serta prosedur di institusi-institusi pengurusan harta pusaka yang perlu dilalui oleh waris-waris. Jadi bagaimana nak urus harta beku ini? Di sinilah PENTINGNYA perancangan harta bagi setiap individu sebelum berlaku kematian kerana ramai tidak mengetahui banyak proses yang berbeza yang perlu dilalui dan juga kos yang terlibat sebelum harta simati dapat diagihkan kepada waris-waris.

ANDA PERLU TAHU HARTA PUSAKA TERBAHAGI :

  • PUSAKA BESAR  : Harta Alih dan Harta tak alih nilainya melebihi RM2.0 Juta. Permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil.
  • PUSAKA KECIL : Harta alih dan Harta tak alih nilainya tidak melebihi RM2.0 Juta. Permohonan dibuat di Unit Pembahagian Pusaka (Pusaka Kecil)/ Pejabat Tanah.
  • PUSAKA RINGKAS : Harta Alih nilainya tidak melebihi RM600,000. Permohonan melalui Amanah Raya Berhad

TAHUKAH ANDA MENURUT STATISTIK YANG DIKELUARKAN PADA TAHUN 2016 JUMLAH HARTA YANG TIDAK DITUNTUT DINEGARA INI DIANGGARKAN BERJUMLAH RM60 BILLION!!

APAKAH PUNCANYA?

  1. Kegagalan Si mati untuk membuat penamaan (meletak penama dalam caruman KWSP, Insuran dsb)
  2. Sikap waris yang suka bertangguh dan tiada persefahaman diantara waris
  3. Waris tidak mempunyai pengetahuan menguruskan harta pusaka
  4. Kos yang tinggi menguruskan harta pusaka
  5. Kekangan masa dan kesibukan

TAHUKAH ANDA?

Kos pengurusan harta pusaka bergantung kepada nilai pusaka anda. Kos di Mahkamah Tinggi juga agak tinggi, mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959, anda boleh dicaj hingga 5% oleh peguam, syarikat Amanah, dan lain lain.

ALHAMDULILLAH DENGAN ADANYA PRODUK AL-WASITAH OLEH WASIYYAH SHOPPE BERHAD!

ALHAMDULILLAH DENGAN ADANYA PRODUK AL-WASITAH OLEH WASIYYAH SHOPPE BERHAD!

Produk AL-WASITAH bertujuan untuk meringankan beban pewaris harta dimana pemilik harta telah memperuntukkan sejumlah kos semasa hidupnya kepada Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Syarikat Amanah bertauliah bagi menguruskan urusan pencairan harta-harta pemilik apabila berlaku kematian. Kenapa perlu memilih Wasiyyah Shoppe Berhad? Kerana Wasiyyah Shoppe telah menyediakan satu  kaedah urusan pusaka paling inovatif di Malaysia. Semua pelanggan menyumbang sebahagian fi perkhidmatan yang dibayar kepada Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai  tabarru’ pusaka. Waris dapat melakukan proses tuntutan pusaka dan menerima harta pusaka pelanggan tanpa mengeluarkan sebarang kos atau keadaan nilai dimana harta pusaka ditolak caj pengurusan bagi menampung kos pengurusan pusaka. Melalui Wasiyyah Shoppe Berhad Fi untuk pengurusan pusaka ditampung daripada akaun  tabarru’. Konsep tabarru’ ini menyuburkan budaya tolong menolong (ta’awun) bagi membantu sesama sendiri untuk menampung kos pengurusan pusaka selepas kematian. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai bidang kuasa untuk menguruskan akaun tabarru’ sebagai akaun amanah berasingan daripada akaun syarikat dan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

RANCANG KERANA SAYANG!

Produk AL-WASITAH memudahkan waris anda sekiranya anda meninggal dunia nanti. Pemilik harta terlebih dahulu semasa hidupnya merancang demi memudahkan anak dan isteri/suami atau waris nanti. Pemilik harta sudah bayarkan terlebih dahulu kos untuk cairkan harta dan waris tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencairkan harta tersebut.

KELEBIHAN AL-WASITAH

BANTUAN PAKAR KEPADA WARIS ANDA

Waris anda dibantu dari A-Z pengurusan harta pusaka, Pihak syarikat akan bantu waris anda hingga berjaya mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Bayangkan, anda ada isteri anda atau suami dan juga anak anak. Jika anda “pergi” hari ini. Tahukah mereka bagaimana ingin menguruskan harta pusaka anda?

Ya aset anda banyak. 1-4 biji rumah. Tunai dalam bank juga banyak. Tapi semua aset ini akan beku dan perlu ditadbir. Realitinya, ramai pasangan kita atau anak kita tidak mempunyai pengetahuan untuk menguruskan sendiri urusan harta pusaka. Apatah lagi jika anak-anak masih dibawah umur. Disinilah penting bantuan dan rujukan pakar harta pusaka yang menasihati waris anda untuk proses pengurusan harta pusaka. Waris anda tidak perlu lagi mencari peguam. Pakej AL-WASITAH adalah termasuk nasihat guaman yang disediakan oleh peguam syarikat WSB bagi membantu waris simati.

KOS PENGURUSAN HARTA PUSAKA PERCUMA

Kelebihan AL-WASITAH ialah waris tidak perlu mengeluarkan kos untuk urus harta pusaka anda. Perancangan ini dibuat semata-mata kasih sayang  anda kepada waris .

KHUTBAH PUSAKA

Peguam Wasiyyah Shoppe Berhad akan datang ke rumah selepas menerima makluman kematian pemilik harta. Cara ini memudahkan waris tanpa merumitkan dan memahami waris masih dalam kesedihan.

KHAIRAT KEMATIAN

Khairat kematian akan diberikan sebanyak RM1000.

DOKUMEN PERLANTIKAN WASI

Dokumen pelantikan wasi diberikan secara percuma. Dokumen ini amat penting dalam kes pusaka di Mahkamah Tinggi, jika tiada pelantikan wasi dibuat. Si waris perlu membuat 2 bon jaminan, bahasa mudahnya, mencari penjamin 2 orang yang sama nilai harta dengan si mati. Perkara ini amat sukar dan merumitkan. Jika harta si mati 4 juta, waris perlu cari dua orang yang harta 4 juta juga.

Sangat sukar bukan?

Namun, dengan adanya dokumen perlantikan wasi, anda telah memudahkan proses waris untuk menguruskan harta pusaka anda.

DOKUMEN WASIAT 1/3

Dengan wasiatlah anda boleh merancang untuk bersedekah, memperoleh saham akhirat. Seperti kita tahu, wasiat tidak boleh ditujukan kepada waris. Wasiat ialah instrumen untuk anda sedekahkan sehingga 1/3 harta anda kepada institusi, masjid, surau, NGO, atau kepada sesiapa yang bukan waris sebagai saham akhirat anda. Dokumen ini juga diberikan secara percuma.

SEKARANG ANDA FAHAM KEPENTINGAN AL-WASITAH?

Tidak semestinya anda perlu membuat perancangan hibah dan sebagainya. AL-WASITAH ini ialah asas untuk membantu waris anda menguruskan harta pusaka anda kelak.

ADAKAH DENGAN MEMILIH PRODUK AL-WASITAH, SEMUA PERANCANGAN HARTA PUSAKA SAYA SUDAH SELESAI?

JAWAPAN  : YA

Jika anda tidak ada perancangan lain, struktur faraid anda tidak kritikal .Perancangan harta pusaka anda sudah selesai

JAWAPAN  : TIDAK

Jika anda ada perancangan lain untuk pengagihan harta pusaka, struktur faraid anda kritikal,  maka anda perlu buat perancangan harta yang lebih lengkap iaitu HIBAH.

SEBAHAGIAN GOLONGAN KRITIKAL YANG BOLEH MEMBUAT PERANCANGAN HIBAH

  1. Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama (2 nama S&P/pinjaman bersama)
  2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
  3. Pasangan yang mempunyai anak angkat
  4. Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan anak
  5. Suami yang berpoligami
  6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah
  7. Individu yang tidak berkahwin
  8. Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan dan   ingin pembahagian samarata.
  9. Ibu bapa  yang mempunyai anak ISTIMEWA
  10. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
  11. Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji

Jika anda ada tergolong di atas apa solusi terbaik untuk anda?

1. Pilih Produk AL-WASITAH

2. Buat Perancangan Hibah

*Madanie Advisory adalah perunding mawarith terlatih dibawah Kausar Wealth Management Sdn Bhd, agensi no. 1 Wasiyyah Shoppe Berhad, sebuah syarikat amanah yang diperbadankan dibawah Akta Pemegang Amanah 1949. Konsultasi pewarisan, hibah, wasiat dan perancangan harta pusaka di 016-8766884 / 012-6453712

~Cakna Pusaka Waris Terjaga~

Comments

Popular posts from this blog

The effect of Section 281 of Islamic Financial Services Act 2013.

KENAPA HARTA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI BEKU?