Posts

Showing posts with the label Koperasi

KELULUSAN ELAUN DAN FI PENGARAH : PERUNTUKAN AKTA KOPERASI 1993 DAN AKTA SYARIKAT 2016

Image
Salah satu prinsip tadbir urus koperasi yang telah digariskan dibawah Garis Panduan 27 : Tadbir Urus Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ialah mengenai penetapan prosedur ganjaran yang formal dan telus kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan. Jumlah ganjaran tersebut hendaklah dinyatakan didalam belanjawan tahunan secara terperinci mengikut kategori dan jenis elaun yang ditetapkan. Ganjaran yang disediakan perlu dibentangkan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) untuk diluluskan oleh para perwakilan. Sebarang ganjaran yang diterima oleh mana-mana Anggota Lembaga Koperasi yang tidak dibentangkan dan diluluskan dalam MAPT adalah merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 46 Akta Koperasi 1993. Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan pengawalselia mempunyai kuasa dibawah akta ini untuk mendakwa mana-mana anggota lembaga yang menerima elaun yang tidak diluluskan atau menerima jumlah elaun yang melebihi perun...

Ar-Rahnu Dalam Kerangka Perundangan Malaysia

Image
Salah satu produk kewangan Islam yang semakin berkembang pada masa kini ialah produk Ar-Rahnu iaitu satu kontrak pembiayaan jangka pendek, cepat, mudah dan bebas daripada unsur riba.  Struktur produk Ar-Rahnu beroperasi dengan cara gadaian barang kemas oleh penggadai kepada institusi Ar-Rahnu sama ada bank-bank ataupun kedai pajak gadai berlesen sebagai cagaran kepada pinjaman.  Sepintas lalu perkembangan Ar-Rahnu di Malaysia bermula pada tahun 1992 apabila Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) ditubuhkan. Idea penubuhan MGIT ini bermula dengan cadangan yang dikemukakan oleh MAIDAM bertujuan untuk menyediakan modal tunai secara cepat yang patuh syariah kepada orang Islam di Terengganu. Langkah ini telah menjadi pencetus dan membuka kepada banyak lagi pembukaan operasi Ar-Rahnu oleh institusi seperti Permodalan Kelantan Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang menjadi bank koperasi pertama yang memperkenalkan produk Ar-Rahnu. Perkembangan ini dirintis seterusny...